Monday 23 June 2014

stop buat maksiat!! jom buat baik... audit diri sesama.. moh ler kita...


 Maksiat Membuatkan Diri Kita Dibenci

hate
Kenapa bila orang buat baik, dia berani buat terang-terangan? Kenapa bila orang buat maksiat, dia tak berani buat depan orang?  Fitrah! Manusia senang dengan kebaikan. Benci dengan maksiat.

Ada juga orang yang berani buat maksiat terang-terangan. Orang lain senang dengannya? Tidak! Allahpun lebih-lebih lagi tidak senang dengannya.

Berkata Imam Syafie, “Kamu sekalian hendaklah menghindari kebencian kaum muslimin.” “Bagaimana ia boleh berlaku?” tanya yang lain. “Seseorang yang melakukan maksiat, Allah akan menumbuhkan rasa benci muslim yang lain terhadapnya.”

Maksiat Menghalang Masuknya Ilmu Pengatahuan

stressed Imam Malik memberi nasihat yang layak ditulis dengan tinta emas kepada Imam Syafie. Katanya, “Allah telah mencerahkanmu dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, jangan sekali-kali memadamnya dengan kemaksiatan.”

Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”

Maksiat Menggelapkan Hati dan Wajah

contaminated_heart_by_alephunky-d4mb3ay
Ibnu Abbas berkata, “ Maksiat menyebabkan kegelapan di wajah dan di hati. Wujud kebencian orang lain terhadap kita, tahap kesihatan badan merosot dan menghadapi kesulitan daripada aspek ekonomi.”

“Sebaliknya, kebajikan akan mencerahkan wajah, menjernihkan hati, akan dikasihi orang lain, ekonomi meningkat dan dimurahkan rezeki.”

Allah SWT mengingatkan, “(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksaan yang amat besar.” (Surah al-Baqarah: 7).

Maksiat Punca Kebinasaan

wpid-dzikir
Mari kita belajar daripada sejarah. Maksiat menjadi punca kebinasaan umat terdahulu.

Iblis diusir dari syurga kerana maksiat.
Kaum Nabi Nuh ditenggelamkan banjir kerana maksiat.
Firaun dan tenteranya dilemaskan ke dalam lautan kerana maksiat.
Kaum Sadom diterbalikkan bumi kerana maksiat homoseksnya.

Kaum Ad dilenyapkan rebut kerana maksiat.

Kaum Bani Israel dimurkai Allah kerana maksiat.

Nabi Muhammad SAW mengingatkan, “Apabila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberi azab-Nya untuk semua.” (HR Ahmad).

Allah zalim? Tidak! Kita yang zalim.

“Dan Kami tidak menganiaya mereka, tetapi menganiaya diri sendiri.” (Surah Hud: 101).

Allah yang Maha Adil hanya menjalankan keadilan-Nya. Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Yang cintakan maksiat diberikan pembalasan dan azab.

“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Moga-moga mereka kembali.” (Surah al-Rum: 41).

Lazatkah Maksiat?
maksiat
Habis tu, di mana lazatnya maksiat hingga ramai orang tertambat?

Lupa tentang akhirat! Itulah penyebab. Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziah, “Anda akan mendapat murka Allah SWT sebab berbangga dengan maksiat dan sambil lewa terhadap malaikat yang menyaksikan dan mencatat kelakuan buruk anda.”

Kita semua tidak maksum. Tidak terlepas daripada melakukan maksiat atau derhaka kepada Allah. Samada besar atau kecil. Dosa-dosa kecil yang kita biasakan boleh membesar menjadi maksiat yang sangat dimurkai. Ia boleh membinasakan.

Di sekeliling, terlalu banyak potensi maksiat yang berkemungkinan telah kita lakukan. Firman Allah SWT, “Semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan mengatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah tentangnya, dan kamu pula menyangka itu hanya perkara kecil, padahal di sisi hukum Allah, ianya adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah al-Nur: 15).

Astargfirullahal azhim. Apa yang terdaya, jadikan munajat dan ‘istighfar’ itu satu ulam harian yang wajib diamalkan. Sudikah Allah menerima taubat kita? Hmm, kalau kita fikir Allah tidak sudi mengampuni, bukankah fikiran itu hanya akan membebani diri? Yakinlah, Dia Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat.

Carilah Kemuliaan dengan Taat, Bukan dengan Maksiat
obedience
Mungkin masih ada di kalangan kita yang sengaja menambat dirinya dengan maksiat kerana mahu diterima oleh kumpulannya yang sekepala. Diterima oleh ahli kumpulan bagaikan satu tujuan dan satu kemuliaan. Setakat manalah mulianya penerimaan manusia? Tak ke mana-manapun.

Jika hajatkan kemuliaan, di sisi Allah ada segala kemuliaan.

“Sesiapa yang mahukan kemuliaan, (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jugalah (Pemilik) segala kemuliaan.” (Surah Fathir: 10).

Allah Tahu Meskipun Kita Sembunyikan
HIDING-BEHIND-A-TREE1
Nabi mendedahkan, “Terdapat di kalangan umatku pada hari kiamat kelak, mereka mempunyai bekal kebajikan yang banyak sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah menjadikan semua pahala kebajikan itu seumpama  debu-debu yang berterbangan.”

Thauban bertanya, “Adakah seperti kami kerana kami tidak tahu?” Rasulullah SAW bersabda lagi, “Mereka ialah saudara-saudara kamu sekalian. Mereka melakukan solat malam seperti kamu semua, tetapi apabila mereka bersendirian, mereka melakukan larangan-larangan Allah.” (HR Ibnu Majah).

Tidak perlu kita lakukan maksiat di kala sembunyi atau terang. Sebabnya, kita sentiasa terkepung oleh CCTV Allah di mana-mana sahaja.

Nak Cantik?? Nak Lawa?? Jom Ikuti...

NAK CANTIK?? NAK COMEL?? NAK HENSEM??
Jom Cantik disisi Allah...
Anda ingin lebih cantik dan menarik?….

1. Oleskan ‘lipstik kejujuran’ pada bibir anda nescaya, anda lebih manis.

2. Gunakanlah..’pemerah pipi’ anda dengan kosmetik yang terhasil dari rasa malu yang dibuat dari salun keimanan.

3. Pakailah ‘sabun istighfar’ ..yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
Istighfar-white
4. Rawatlah rambut anda dengan ‘selendang Islami’ yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang membahayakan.

5. Hiasilah kedua tangan anda dengan ‘gelang tawadhuk’..dan jari-jari anda dengan cincin ukhwah.

6. Sebaik-baiknya kalung anda dengan kalung ‘kesucian’.

7. Bedaklah wajah anda dengan ‘air wudhu’…nescaya akan bercahaya di akhirat.
wudhu
*Anda akan tetap tampil cantik walaupun bertudung.

Sunday 22 June 2014

Selamat Malam...Last for tonight...

Oklah..memandangkan class admin sok pukul 8...jadinya... admin nak minta diri..hehe..
tapi sebelum tu..ni admin nak kenalkan..share partner admin..kak fara...rakan sekerja admin di UPSI..
thank you kak fara..sbb tolong~~ ;)
Nak Order baju raya blh order pada k.fara ye... FB: Fara Myza (Cantik Comel Collection)
Selamat Malam..

kurung pahang parsley II

KURUNG PAHANG PARSLEY II

Koleksi Kurung Pahang - Pattern kurung berpesak dengan leher baju kurung dan kain selisih batik di bahagian depan.
Material kain dari jenis kain washable peach skin yang ringan dan lembut.
Tidak perlu di "iron" dan sejuk bila di pakai.
Kainnya juga tidak licin dan tidak perlu penjagaan yang khusus untuk menjaganya.
**************
Kurung pesak gantung-kain lipat batik/ kain susun tepi-ada 2 pilihan jenis kain.
Material: Kain dari jenis kain creepe benang hitam yang berkuali tinggi..benang yang tersusun rapi dan teratur.Kain yang nyaman dan selesa bila di pakai.Sangat sesuai untuk cuaca Malaysia yang beriklim Khatulistiwa.
Saiz; SS, S, M, L
 








BAJU KURUNG CLASSIC
Terdapat 10 warna pilihan
Kurung Pahang - kain susun tepi
Material : kain jenis kain "snowsilk" yang berkualiti tinggi ,lembut dan sejuk
Kain yang nyaman dan selesa bila di pakai.. sangat sesuai dengan cuaca di malaysia
saiz : SS , S , M , XL
Sebarang tempahan boleh buat melalui fb Kak Fara kita... https://www.facebook.com/FaRaMyZaHaRuN



selamat malam bloggerzzzz...hehe...memandangkan bulan ramadhan bakal tiba tidak lama lagi..admin nak kongsi sikitlah..baju terbaru..iaitu baju kurung Yana...cantik kainnya..tidak jarang, lembut, bersulam, dan senang digosok..almaklumlah para ibu semua, admin paham kerana ibu2 semua tiada masa or senang cter malas nak gosok pakaian kan..jd admin cdgkn jum bli bju adminnn..xmahal...percayalah...syawal2014 debommmm dgn menggayakan baju kurung Yana.. hehe
 KURUNG YANA
* Baju Kurung Moden Cutting Slim...Ada dat dan zip di belakang baju.
* Baju di lining penuh,badan dan tangan.
* Baju dari jenis kain jojet Chifon bersulam di kaki baju.
* Kain dari jenis Kain satin yang lembut.Design kain lipat depan.
* Sesuai untuk semua peringkat umur.
* Bergaya dan menawan hati sesiapa yang memandang
* Dapatkan SEGERA dari saiz ss hingga L.
;)